1/13/10

kawan..


Mmg sedih memikirkan ada kawan yang tidak menghargai susah payah kita selama ni. Dulu kitalah sahabat, kawan dan kitalah adik beradik. Bila kita susah kita akan sama2 mengharungi kesusahan itu (itu katanya) dan kita akan senang bersama2 (itu juga katanya). tp bila senang....kita dipijak dan ditinggalkan ditepi umpama kita ni lalang yang selalu mengganggu kesuburan tanaman. Dikala susah, sahabat, kawan n adik beradik itu tidak penah tahu yg kawannya lg susah, lg merana dr dirinya. Tp kawannya ini hanya mendiamkan diri dan cuba untuk memahami kesusahan sahabat, kawan dan adik beradik itu walaupun dirinya umpama lalang yang sudah hampir mati. Sahabat, kawan dan adik beradik itu tidah pernah bertanya keadaan kawannya ini yang menunggu masa untuk terkulai layu di tanah. Tidak pernah sekali dia bertanya. Tetapi kawannya ini cukup kental dan berusaha keras untuk menghijaukan kembali daun2 yang makin layu dan kuning. Tetapi, sahabat, kawan dan adik beradik itu tidak penah tahu. Sahabat, kawan dan adik beradik itu tidak pernah tahu kawannya ini telah beberapa kali dilanda ribut taufan. Tapi kawannya ini tetap bersemangat kental.

Sekarang, Sahabat, kawan dan adik beradik itu seolah2 lupa yang kawannya ini penah susah bersama2 dengannya. Dia juga seolah2 lupa disebalik kejayaan harini ada sahabat-sahabat yang sanggup bersusah payah bersama2 dengannya... Dia lupa budi dan bakti kawannya kepadanya. Kerana padanya, kejayaan hari ini adalah kerana usahanya seorang.
Dimana letaknya nilai kesusahan kawannya ini pada dirinya??? Adakah sudah tiba masanya untuk sahabatnya ni membiarkan sahabat, kawan dan adik beradik itu berbuat sesuka hatinya??? Kerana sahabatnya ini dah x kuasa nak layan kerenahnya...
Semoga berjaya sahabat, kawan dan adik beradik itu... Semoga kamu lagi berjaya tanpa kawanmu ini disisi. Kerana padamu, kamu cukup berjaya sekarang.

salam

adios

0 comments: