12/31/09

sedikit tentang cinta

Bab ni agak sensitif sebenarnya bagi aku buat masa ini, tapi tak tau la, rasa macam nak tulis je.

mencari cinta

aku masih teringat kata-kata seorang 'brother' ni masa aku kerja 'part time' lepas SPM di kelana jaya. "wan kalau kau nak cari awek, cari cepat skit lepas dapat masuk U nanti, sebabnyer, benda ni macam piramid,besar kat bawah,keatas semakin kecil, 1st year 'chance' die besar, tapi bile dah ke tahun-tahun yang seterusnya, 'chance' dia semakin mengecil,pastu bile ko dah kerja nanti, lagi lah susah". aku betul kan aja.Hmm.logik ke tak, saya pun tak tahu.

Masa tahun pertama di KPTM kota bharu, perasaan untuk mencari ni agak tinggi la, sebabnya member-member keliling semua ada 'ceweknya', terasa macam alien sebab hanya diri ini sorang yang duk meny'ingle', so adalah sikit-sikit usaha mencari tu dapat la sorang gf disini tp aku kejap je la (maleh nak citer). Cari punya cari lagi,aku berjaya menambat hati kwan sekolah aku sebenar ye aku dh bercinta dgan die dlu semasa disekolah tpi itu cinta monyet..sekarang aku sambung balik dengan si dia..so kami bercinta la..smua berjalan lancar masa itu kami megenali antara satu sma lain aku mengenali smua family dia dan die pun mengenali family aku.mama2 kami pun memberi "green light" for this relationship aku paham sangat dengan perangai die 8tahun kite kenal..aku dah masak sangat dengan perangai dan sifat amarah die...huhu.mama aku dan mama die pun pernah face to face..mesra je aku tengok.. masa couple ada pasang surut nya ade gado majuk dan wat muka senget huhu..aku amat mencintai si dia dan pada masa yang sama aku berharap relationship kami ini akan bertahan sampai ke jinjang pelamin(ahaks~ ayat xbule blah) tapi hmm entah la ku sangka panas hingga ke petang rupa yer hujan di tengah hari
(so aku maleh nk cite lagi) , takperla tapi aku sngt syg kn si dia lagi..klu dia baca blog aku yang hina ni please think maturely do your accomplish you ambitions ?of course not
why i so not..?kerana awak tidak memikirkan perjalanan hidup awak dimasa akan datang.come on kita dah besar boleh fikir secara matang dan positive.bukan nya mencaci dari belakang..
tak kan dulu kita boleh slowtalk sama2 sekarang awak dah pandai menipu! so kalau lah awak tidak sengaja baca blog ni..tolong lah berfikir sorang2 munasabah diri tu..awak sekarang ni hidup mengikut nafsu je..honestly jgn marah apa yang aku cakap sekarang.satu pun aku tak nampak achievement dalam hidup awak buat masa sekarang.ok walaupun kita dah tak da apa2 tolong la berjalan diatas dunia yang nyata tiada berfantasi lagi k..kita dah 21 tahun bukan lagi 12 tahun.malas dah aku nk membebel panjang pasal hal ini..tak guna jugak kalau kita nasihat masuk telinga kanan keluar telinga kiri tak kira la pakar motivasi ,ustaz2 yang hebat beri ceramah tapi yang penting sekali "nawaitu" niat didalam hati dan kepala otak kita..supaya lebih berjaya dalam kehidupan ini untuk masa hadapan..bukan hidup didalam fantasi seperti fairy tale atau The Princess and the Frog..hmm biar la. Mungkin ada hikmah yang baik dan tesurat tersirat dekat situ.
buat masa sekarang aku cuba memperbaiki diri aku ini.

-merdekakan cinta mu

aku tak ingat siapa penulis ini tapi aku ingat lagi apa yang dia sampaikan, kalau kita tak luahkan perasaan kita pada orang, macam mana orang tu nak tahu isi hati kita. Lainlah kalau kita ada kuasa dalaman ke yang membolehkan kita berinteraksi secara ghaib.haha.Bagi saya. kita berhak untuk jatuh cinta pada sesiapapun, dan kita tidak berhak untuk untuk menghalang sesiapa pun untuk jatuh cinta kepada kita.Tetapi kita juga berhak untuk membuat penilaian untuk memilih sesiapa pun jangan risaula, sebab hak ini di jamin dalam Perlembagaan.(haha.betul ke). Jadi bebaskan lah cinta, dari duk bersarang kat dalam diri tu.

-Antara persepsi dan perasaan

Baru-baru, aku ada terbaca dalam surat khabar, tentang sebuah penemuan terbaru saintis. Mereka menemukan entiti 'cinta' itu di temui di otak, bukan di hati. Kalau betul lah apa yang ditemukan tu, cinta itu sebenarnya adalah apa yang kita fikirkan, dan bukanlah apa yang kita rasakan. Jadi, cinta itu adalah persepsi, yang terhasil dari penilaian akal, dan bukanlah perasan yang timbul daripada hati.Hmm.ntah la.wtf

-Salurkan cinta ke jalan yang sepatutnya

Cinta itu adalah naluri. cakaplah pada sesiapa pun, mesti ada perasaan ni. Tak salah untuk jatuh cinta, tapi persoalannya, salahkah bercinta?. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Tetapi bagi saya, tidak salah bercinta, tapi yang salahnya adalah saluran kepada cinta tersebut. Kalau salurannya, duk berkepit 24 jam, sms sampai terkeluar benda2 yang tak sepatutnya, atau sampai ketahap melakukan benda-benda yang tak sepatutnya, maka jadilah perkataan salah bercinta. Kalau dah sampai ketahap ini, bukan lagi menyemarak kan cinta, tapi mengikis cinta sebenarnya. Lama-kelamaan jadilah pepatah, habis madu sepah di buang. masa tu, sapa yang susah.

Kesimpulan secara tuntas dan tintas,aku juga akan menjadi orang dewasa yang dikurniakan akal yang sempurna, fikirkan lah jalan yang sepatutnya untuk menyalurkan cinta. Menghalang cinta, mungkin bukan sesuatu yang bijak, tapi melayan cinta, juga perlu berhati-hati.

p/s:kalau kita ada jodoh..ada la.LOL

salam

adios hailz!!

0 comments: