12/31/09

movie marathon..

1.gadoh
Filem arahan bersama Brenda Danker dan Namron ini menceritakan situasi yang sebenar berlaku di Malaysia. Isu perkauman, keciciran pendidikan, masalah sosial, politik dan gangsterism diolah dengan baik dalam filem ini.

Katakan tidak untuk filem lawak tak 'berakai' yang berlambak-lambak dekat Malaysia ni. Nak tengok filem bermesej, tengoklah GADOH.
filem gadoh nie tak ditayangkan di pawagam gsc atau tgv ye..ini short movie yang sangat menarik..kalau nak tengok cuba la download

ok aku malas nk google imej dan aku street to the point movie yang aku tengok selama 6 jam yuhuuu...

2.miss march..
-cerita pasal sepasang couple yg first time ingn melakukan hubungan " " setelah 2 tahun setengah bercinta..dan hajat itu tak sampai kerana bf dia jatuh dibilik stor..erk.laki tu koma selama 4 tahun..huhuuhu tak gat dah..mmg fail kalau aku komen pasal filem..tp cerita nie "the teen sex comedy genre" tak sesuai sangat la nk tengok dgan family ahaks..

3.papadom.

-Papadom memberikan satu cerita yang mudah iaitu kasih sayang seorang bapa kepada anak. Saadom merupakan seorang peniaga Nasi Kandar dalam tahun 1990-an. Beliau mempunyai seorang isteri bernama Munirah.

Selepas Munirah melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Miasara, Saadom bersama dua orang rakannya berusaha membesarkan perniagaan Nasi Kandar. Saadom menjadi begitu sibuk sehingga kekurangan masa bersama isteri dan anak beliau.

Suatu hari Munirah terlibat dalam kemalangan dan meninggal. Sejak dari saat itu Saadom berubah dan berusaha menjaga Miasara sebaik mungkin. Bukan setakat baik sahaja malah lebih dari itu.

selalu sangat kita tengok drama atau filem berkisarkan kehidupan seorang ibu tunggal..tetapi
Papadom memberikan kita kisah bagaimana pula seorang lelaki ingin menunjukkan kasih sayangnya..

4.avatar

-walaupun aku miss nak tengok movie avatar di cinema semasa aku cuti semester haritu..kwan aku sudah download movie ini..tapi yang tak syok nya gambar wayang la..tapi takpa la..

Bermula pada tahun 2154. Bekas anggota marin Amerika, Jake Sully (Sam Worthington) yang lumpuh kakinya akibat perang terpilih dalam program Avatar, program pembuatan makhluk yang mirip dengan suku Na'vi.

Jake terdesak mengikuti program avatar kerana program ini memungkin dia berjalan lagi. Justru, Jake menjalani operasi dihantar menjadi avatar agar menyerupai makhluk penghuni Pandora.bla..bla..bla..cerita ini panjang sangat 2 jam setengah aku komen sikit je ek..

Aksi, drama dan geraf emosi yang dibawa Cameron dalam filem ini cukup dengan perfect aku tengok. Begitu juga dengan elemen cinta yang diselitkan dan diwarnai begitu manis sekali.

Dan di akhir cerita, Jake terpaksa membuat pilihan untuk memilih dunia baru sebagai avatar, atau menjadi manusia sejati..huhu


5.american pie 7:book of love

-three new hapless virgins discover the Bible hidden in the school library at East Great Falls High. Unfortunately for them, the book is ruined, and with incomplete advice, the Bible leads them on a hilarious journey to lose their virginity.so this film also "teen sex comedy genre"

selesai sudah movie marathon untuk tahun ini..dan aku akan start wat proposal final project selepas new year yahuuu..

salam

adios

0 comments: