3/15/10

Ambil Gambar, Tangkap Gambar, atau Buat Gambar?

ketiga-tiganya memberikan maksud yang sama, tapi dalam masa yang sama, ianya berbeza. Apakah perbezaannya? Dimanakah anda?

Perkara ini terdetik setelah banyak membaca, dan menerima komen, kritikan, dan kutukan dari pelbagai sumber, baik dari kawan² sehinggalah mereka yang saya anggap professional photographer.

Dulu² kalau saya nak ambik gambar, ikut sedap mata memandang jek. Asalkan gambar tu clear & sharp, kira cantik dah tu..

Tapi setelah mendalami dunia fotografi ni.. dapat saya lihat, bahawa kerja seorang photographer bukan hanya sekadar mengambil (take) & menangkap (snap) gambar sahaja.. tetapi mereka menghasilkan atau membuat gambar (create)!!

Bagi sesetengah photographer, mengambil & menangkap gambar ni sama mcm buat candid & snap-shot jek.. yang kebiasaannya kurang memberi impak dari segi nilai seni dan estetika.. Walauun begitu, kita juga dapat melihat candid & snapshot dari photographer professional yg menarik.. apakah perbezaannya?

Dari kajian, yang membezakan candid & snapshot photographer dgn org biasa, adalah dari segi pengalaman dan pengetahuan yang mereka miliki.. Walaupun sekadar candid & snapshot, segelintir daripada professional photographer ini masih tetap mementingkan kualiti gambar secara keseluruhan. Mereka akan memerhati persekitaran mereka, dan menunggu for the right moment to shoot!

Jadi, mari kita tanya balik kepada diri sendiri.. yang mana satu kah kita? Yang mengambil gambar kah? Atau yang menangkap gambar kah? Atau yang menghasilkan gambar?

Renung²kan.. uahaha

0 comments: